Friday, April 27, 2012

debat di sana, demo di sini

semalam baru selesai menonton debat antara YB Khairy Jamaluddin dengan Dato' Ambiga berkenaan reformasi pilihanraya.

"menarik.berfakta.jelas"
itu yang ana mampu simpulkan..

sebelum ini sempat juga menonton rakaman debat antara Khairy Jamaluddin dengan Rafizi Ramli di UK kalau tak silap.

tahniah ana ucapkan kepada kedua-dua pihak yang sudi membentangkan idea kalian..dan tidak lupa juga kepada pihak penganjur yang sanggup menjadi antara penyubur budaya yang sihat ini.

ana disini bukanlah nak mengulas mengenai isi perbincangan, siapa menang siapa kalah..tetapi ana nak nyatakan rasa syukur sebab aktiviti seperti ini semakin diterima baik oleh khalayak ramai.

ada pihak yang mengatakan debat tidak baik dan sebagainya
dan seterusnya mengeluarkan dalil-dalil yang menolak aktiviti debat
ana bukanlah mereka yang ahli dalam bidang ini dan ana bukan juga ingin menolak dalil

tetapi apa yang ana lihat dalam perdebatan ini, ia bukanlah "debat" seperti yang masyarakat umum fikirkan..ia adalah suatu perbentangan gagasan idea dan perbincangan.

suasana penuh akademik..tiada caci mencaci..

ia adalah perbincangan..cuma telah diberi nama "debat" kerana dua pemikiran yang berbeza bertemu dan berbahas..

jikalau ana tersilap,,betulkan ana

suasana sekarang..yang di kiri bercakap..yang di kanan bercakap
sana sini bercakap
sana tidak ingin mendengar sini, sini juga melayan sana sebegitu

maka, apabila kedua-dua pihak bercakap dalam medan dan waktu yang berbeza, mereka akan kelihatan bahawa mereka adalah benar belaka.

jadi yang mana satu yang benar sebenarnya?

kerana itulah, kita perlu letakkan kedua-dua pihak ini dalam suatu perbincangan supaya mereka dapat berbicara dalam medan dan waktu yang sama..seterusnya akan memperlihatkan kepada kita, dari mana datangnya salah faham itu.

seperti di dalam debat Khairy dengan Ambiga, kita boleh melihat dimana Khairy menerangkan dari mana datangnya 42,051 pengundi hantu dan kita boleh saksikan juga penjelasan daripada Khairy berkenaan bagaimana boleh terjadinya pemindahan pengundi dari suatu kawasan kepada kawasan yang baru.

inilah satu kelebihan debat berbanding ceramah kempen

di dalam ceramah semasa berkempen..pihak sana boleh cakap itu ini..pihak sini juga boleh cakap ini itu

sedangkan, apabila mereka bertemu dan diberi ruang untuk menjelaskan, maka kita kan lihat ia hanyalah salah faham.

disini ana nyatakan sokongan 100% supaya debat terbuka seperti ini diadakan pada masa akan datang apabila munculnya isu-isu nasional seperti ini.

Debat bukan untuk mencari siapa benar, siapa salah
tetapi untuk mencari dimana titik persamaan dan dimana bermulanya salah faham

debat di sana, demo di sini

bagaimana pula dengan demonstrasi?

siapa kata demonstrasi tiada manfaat..demo juga punyai manfaatnya yang tersendiri seperti mana debat.

dengan demo, barulah "mereka" yang buta prihatin ini akan cakna isu

dengan demo, barulah " mereka" yang mempunyai amanah menyedari mereka sering diperhatikan

"Oo..mahasiswa sepatutnya mempunyai peranan dalam masyarakat."
~kemudian barulah tampil tokoh-tokoh mahasiswa mengambil bahagian dalam perbincangan isu.

"Oo..PTPTN ada riba rupanya."
~kemudian muncul perbahasan mengenai riba yang dikenakan

"Oo..pilihanraya kita tak telus rupanya."
~kemudian baru diwujudkan jawatankuasa untuk memBERSIHkan sistem yang ada

debat dan demo..
kedua-duanya ada peranan tersendiri dalam penyelesaian sesuatu isu
cuma ia hanyalah alat untuk mencapai matlamat
usah dijadikannya matlamat

debat dan demo bukanlah hanya satu-satunya cara yang ada
tetapi adalah salah satu cara yang ada
sila gunakan cara yang ada dengan bijak

selamat memBERSIHkan Malaysia kawan-kawan ^_^


anda dan andaian

ragam manusia warna-warni
sana ragamnya begitu
sini ragamnya begini

ana persembahkan suasana pelangi kehidupan:

Situasi 1
bila dilihat si A (exco pelajar) muram dan tidak bermaya di hadapan ahli
kita akan berkata di belakang: "dia tak sepatutnya buat begitu, aku tak sokong exco camni."

Situasi 2
bila si B (rakan satu asrama) mula tidak kelihatan beberapa hari
rakan-rakannya akan mula berkata: "lama tak nampak? tidur seharian ke?"

Situasi 3
bila si C tidak hadir/lambat ke mesyuarat
pengerusi mesyuarat akan memarahi si C: "kamu ni tidak mengetahui fiqh aulawiyat!"

Situasi 4
bila si D mula merungut kerjanya yang berlambak
sahabat yang mendengar terus menyalahkannya: "buat kerja ikhlas la sikit"

*geleng-geleng kepala...

pilihan diberi:
(a) terus menyalahkan perilaku
(b) cuba memahami keadaan

anda pilih yang mana..?

secara realitinya kita lebih cenderung bertindak dengan pilihan (a), sedangkan apabila menjawab soalan SPM dengan situasi yang sama kita mampu menjawab (b) dengan tepat..apakah ini?

ada ilmu tiada amal
ada etika tiada akhlak
cantik kata punah tindakan

boleh jadi si A sedang mengalami masalah peribadi yang menekan emosinya. Walaupun dirinya diajar seni mengawal stress, tidak bermaksud dia sifar tekanan..si A tetap manusia, bukannya robot yang akan mengubah keadaan mengikut apa yang diprogramkan. Daripada anda terus berkata seperti di atas, mengapa tidak berkata dalam hati: "mungkin dia perlukan aku untuk luahkan masalah, salah aku tidak berada di sisi dia waktu ini."..

Si B tidak kelihatan seharian tidak bermaksud dia tidur seharian atau melarikan diri dari rakan-rakannya..boleh jadi selama ini dia yang rajin menziarahi bilik rakan-rakannya, tetapi sebaliknya yang berlaku terhadap dirinya..tidak ada rakan yang pernah ke biliknya. Maka apabila dia tidak menziarahi rakan-rakanya selama sehari, terus rakan-rakannya mengatakan dia itu dan ini. Sedangkan bukan salah si B, salah rakan-rakannya yang tidak mengambil berat si B sebagaiman si B mengambil perhatian kepada rakan-rakannya.

Bagaimana pula dengan si C..?
Tidak hadir ke mesyuarat atau hadir lewat adalah suatu kesalahan..tetapi tidak selamanya atau sentiasa boleh menjadi kesalahan. Ada sebilangan keadaan di mana pengerusi mesyuarat itu sendiri yang tersilap. Ramai galak menekankan kepentingan hadir dalam mesyuarat dan sebagainya..tetapi terlupa untuk menekankan kemahiran yang diperlukan oleh seseorang pengerusi mesyuarat dalam mengadakan mesyuarat atau perjumpaan...siapa yang perlu terlibat? betulkah isu ini perlu dibincangkan dalam mesyuarat? perlu ke mesyuarat diadakan..atau boleh berjumpa secara bersendirian sahaja?..kesilapan umum pengerusi mesyuarat boleh menjadi antara faktor mengapa berlakunya ketidakhadiran si C..mungkin sepatutnya si C tidak diperlukan di dalam perbincangan isu tersebut..atau si C terdapat perkara yang lebih aula untuk diutamakan.

Bagaimana pula dengan si D?
Merungut itu fitrah..meskipun bukan sikap yang baik. Usah disalahkan si D, sebaliknya cuba untuk berbincang dan memahami dengannya. Kerana merungut adalah satu signal yang cuba diberikan kepada pendengar bahawa "dia" sedang tertekan dan perlukan bantuan.

setiap tindakan punya sebab
anda yang memilih andaian dalam diri anda
dia salah.dia benar.dia terlupa.dia sengaja
semua pilihan anda

andai diri sengaja hidup dalam andaian negatif
segalanya akan jadi salah di mata anda

tetapi sekiranya anda suburkan dalam diri andaian positif
pandangan mata hati akan lebih luas dan indah

sangka baik adalah pilihan yang terbaik
*tips untuk dapat A+ dalam exam sivik SPM (haha) ^_^



Thursday, April 26, 2012

jangan dipujuk hati ini

nak lakukan dosa itu mudah
jikalau hati telah mengiakannya

rakan-rakan
andai dalam hati mula terdetik:

"Alaa...sikit je ni. Kau guna je duit tabung ni dulu..nanti kau bayarla balik"

atau

"Jangan risaula..kau buka laman web ni bukannya ada orang tahu."

atau

"Main game dulu beb, belajar tu kemudianla bila da hilang stress"

dan yang seerti dengannya..
maka janganlah dipujuk hati ini untuk melakukannya

didiklah diri untuk bermujahadah

seronokkah anda untuk melihat diri terus-menerus dipermainkan dan digelakkan oleh syaitan?
mereka hasut.anda ikut.mereka bisik.anda tewas

hinanya diri ini jika terus begitu

maksiat tercipta dari hati dan tindakan yang membenarkan ia terjadi
anda yang memilihnya

terus menerus untuk menjaga kemulian diri
atau
terus menerus untuk "menyeronokkan" diri
itu pilihan anda

syukur Allah itu maha pengampun..

ayuh BERSIHkan diri ini ^_^

Monday, April 23, 2012

untuk mereka yg tiada rasa bahagia

bila lihat ada kawan-kawan yang muram..
kesian sangat

kebahagiaan hilang dari diri mereka

eh..
benar ke kebahagiaan itu hilang?
atau diri mereka yang telah melupakan kebahagiaan tersebut?

sebelum kita pergi jauh..
tanya pada diri..mengapa perlu rasa bahagia?
perlu ke?

"Sebab...supaya hidup tak rasa serabut" jawab Ali

"Elak kemurungan?" Zakiah menambah ..

"Mungkin sebab fitrah manusia" tiba-tiba Aiman mencelah.

tepat sekali..
manusia secara semulajadinya cenderung dan memerlukan suasana yang bahagia dalam kehidupan mereka.

untuk apa..?

rasa bahagia akan menjadikan emosi individu menjadi stabil. Kesannya, tahap kualiti tindakan dan buah fikirannya akan berada di dalam keadaan yang optimum

baiklah..
bagaimana pula cara nak mendapatkan bahagia?

ramai yang..
rasa murung
rasa bersendirian
rasa bersalah
dan macam-macam lagi

adakah keadaan sekitar dirinya yang menjadikannya sebegitu?

mungkin boleh jadi faktor pencetus...tapi semuanya bergantung kepada diri individu itu sendiri..
tidak ada jalan lain untuk mencari kebahagian kecuali bermula dari persepsi individu itu sendiri

ada yang merasakan dengan harta banyak dia akan bahagia
tetapi ramai pula yang kaya tetapi tertekan hidupnya

ada yang merasakan dengan hidup tanpa kerja dirinya akan bahagia senang lenang
tetapi ramai pula menganggur kesempitan rezeki dan putus asa pada tuhan

ada yang merasakan dengan isteri cantik, rumah tangganya akan bahagia
tetapi ramai pula yang masjid yang dibina hancur angkara fitnah dan tidak percaya

kawan-kawan sendiri boleh lihat sekitar kalian
kesimpulannya..
bahagia bukan terletak kepada "situasi","tempat","barang" atau "orang" tertentu
akan tetapi bahagia terletak pada hati yang menilai "sesuatu yg tertentu" itu

maka apakah penawarnya bagi mereka yang tidak bahagia?

1.mula menerima seadanya keadaan dirinya

2.hentikan membanding-bandingkan kelebihan yang dimiliki individu lain

3.mula mencorakkan pencapaian dirinya berdasarkan keadaan dirinya..(bukan mengikut-ikut)
-hentikan berfikir "aku perlu jadi seperti dia, baru aku akan berjaya"
-mula berfikir "dengan apa yang aku ada sekarang, bagaimana cara untuk aku berjaya"

4. Terapkan dalam diri bahawa Allah amat menyayangi hamba-hambanya..segala apa yang telah disusun oleh Allah adalah yang terbaik dan terindah. Maka..mengapa perlu bersedih jikalau kita mengetahui kesusahan itu ada "kebaikan"nya untuk kita.

apa lagi kawan-kawan
rasa bahagia adalah suatu pilihan
mengapa perlu memilih sebaliknya?

maaflah sekiranya tersilap
ana kan orang tua biasa
^_^

 p/s: maksiat virus kebahagiaan

"Dari Shuhaib r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Sangat mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya semua urusannya adalah baik baginya. Dan hal itu tidak didapatkan kecuali pada diri orang mukmin. Apabila dia mendapatkan kesenangan maka dia bersyukur. Dan apabila dia mendapatkan kesusahan maka dia akan bersabar. (H.R. Muslim)"

Sunday, April 22, 2012

jom main game!

Cuba bayangkan sekarang anda sedang bermain permainan video, terpulang mengikut citarasa anda..nak main bola ke..barbie ke..ataupun lumba kereta

Natijah daripada kebijaksanaan anda mengawal watak permainan tersebut, akhirnya anda telah sampai ke peringkat permainan yang paling tinggi sekali.

Di peringkat ini, anda diminta untuk mengalahkan ketua kepada segala ketua yang paling hebat.

Semasa perlawanan menjadi semakin sengit..(sila bayangkan dengan serius. haha)

tiba-tiba...

watak permainan kawalan anda bertindak sesuka hati...

yang bermain bola tiba-tiba own goal

yang bermain kereta tiba-tiba wrong direction

yang bermain barbie...err....tiba-tiba menangis (kot..)


Apa perasan anda selepas itu?

marah?

bingung?

mengetawakan diri sendiri?

atau kesemuanya sekali..?

Ana bukan nak huraikan berkaitan permainan video ataupun perasaan marah tadi.

Ana cuma nak kita renungkan semula sikap kita di dalam persatuan, organisasi mahupun jemaah islam..

Selaku mereka yang berintima' `aqidi (bergabung dengan jemaah atas dasar akidah), kita seharusnya bekerja dan bergerak mengikut posisi yang telah ditetapkan oleh jemaah.

Akan tetapi, sedih bertambah malang (tetapi tidak berbau) apabila kita lebih cenderung membawa nama peribadi masing-masing dengan menggunakan saluran jemaah. Kita hanya bergerak atas keinginan peribadi.

Apabila kita mendapat posisi yang sesuai dengan kehendak diri, kita bekerja dengan senang hati. Tetapi, apabila kita mendapat posisi yang dirasakan terlekatnya secebis hina, kita menolak dan mengambil ringan tugasan tersebut.

Orait, ada yang sudah nampak apa yang ana cuba sampaikan? (sila angkat tangan..yea!)

belum lagi..?

Baiklah ana teruskan..

Begitulah analogi yang ana cuba berikan kepada kalian mengenai "mereka" yang memilih-milih dan cerewet di dalam melaksanakan tugas yang diberikan oleh jemaah.

Diposisikan sebagai pengarah atau penasihat atau pengerusi, diri terus merasa bangga, kembang kempis hidung. Ramai datang berebut-rebut..

Apabila diminta mencuci tandas awam, menyertai gotong-royong ataupun turun padang berceramah, mereka ini mula tarik diri dengan pelbagai alasan.

Bagaimana mungkin matlamat jemaah akan tercapai sekiranya masih terdapat watak sebegini?

Bagaimana mungkin kemenangan digenggam jikalau watak berlari-lari kesana kemari tidak mahu dipandu arah oleh jemaah?

Mereka merasakan potensi mereka diabaikan, mereka merasakan masa mereka dibazirkan, mereka merasakan mereka lebih sesuai melakukan kerja yang lebih "besar"

Hakikatnya, mereka yang menyusun atur strategi itu nampak dengan jelas bahawa bola perlu di"pass"kan kepada "striker" sayap kanan baru kita akan menjaringkan gol..mengapa perlu si "striker" sayap kiri merasa terhina melakukan serahan bola kepada rakanya untuk menjaringkan gol?

Apa akan jadi sekiranya, tiba-tiba si striker kiri ingkar pada kawalan pemain? dia terus merembat bola, kerana ingin dirinya digelar penjaring terhebat. Akhrinya, bola dapat ditahan dengan mudah oleh penjaga gawang lawan.

Kesudahannya, kemenangan tidak akan tercapai

Sedarlah, pimpinan lebih nampak dimana kegunaan kita pada ketika "itu", di tempat "itu" untuk kelebihan islam.

jikalau mereka tak bijak berbahasa...

Pernah tak berada di dalam situasi macam ni?

"Man..kaki aku sakit la..kenapa eh? tadi doktor cakap tisu koyak..boleh terangkan sikit tak?" Haris bertanya kepada Aiman yang merupakan pelajar perubatan.

"Err..aku rasa, Anterior Cruciate Ligament ko koyak la, sebab tu kaki ko tak leh bend..boleh jadi jugak ko punya medial meniscus ko pun ada masalah." Aiman agak ralat mencari ayat.

"Amende tu man? cakap la bahasa melayu.." Haris semakin pening.

"Alamak..."

Bahasa amat penting dalam kehidupan, bahasa juga menjadi kompenen utama dalam penyampaian ilmu kepada masyarakat.

Akan tetapi..
ramai yang meremehkan.

Kita lebih suka menggunakan istilah-istilah berbelit yang terdapat dalam buku pelajaran kita berbanding mencari bahasa yang lebih mudah untuk difahami oleh masyarakat. Penggunaan istilah-itstilah khusus ini atau lebih dikenali sebagai jargon ini sepatutnya dielakkan dalam penerangan sesuatu ilmu kepada masyarakat umum.

Situasi ini tidak sahaja berlaku di kalangan penuntut ilmu profesional, akan tetapi turut berlaku pada golongan asatizah.

Apabila berbicara, mereka tidak lari dengan perkataan-perkataan arab yang mungkin bagi mereka ianya normal, tetapi hakikatnya cukup asing pada pendengaran masyarakat di kampung.

Kesannya, ramai yang tidak memahami dan merasakan ilmu agama itu sukar dan rumit. Akhirnya, mula mengasingkan agama dan kehidupan.

Adakala kita turut sama mendengar ada yang mengatakan bahawa dia akan kelihatan tidak bijak jikalau  menggunakan bahasa melayu.

Realitinya, mereka bukan sahaja mula kelihatan tidak bijak apabila berbahasa melayu. Tetapi, sebaik sahaja mereka tidak mampu berbahasa melayu itu sahaja sudah cukup menggambarkan betapa tidak bijaksananya mereka. Kerana mereka lahir di bumi yang menggunakan bahasa ini.

Ramai yang menggunakan ayat diatas apabila mereka ingin lari daripada kenyataan bahawa mereka tidak mampu berbahasa dengan baik. Mungkin bagi mereka adalah sesuatu yang bijak apabila dapat menyebutkan ribuan istilah pelik yang jarang didengar, tetapi agak malang apabila ucapannya gagal menyampaikan mesejnya yang sebenar.

Jadi sahabatku, disamping kita mempelajari bidang ilmu pengkhususan kita. Jangan lupa untuk mendalami kaedah dan bahasa terbaik untuk menerangkan kembali ilmu tersebut kepada masyarakat..


Mereka yang bijak adalah mereka yang dapat meleraikan sesuatu yang rumit kepada yang mudah difahami oleh orang umum

Thursday, April 19, 2012

exam: golongan yang tersangkut

^_^

mesti pelik baca tajuk ni kan?
alang-alang tengah tunggu program ribat BKAWM, terfikir mengenai situasi dan sikap ana dan kawan-kawan dalam menghadapi peperiksaan.

ada yang gelisah

ada yang tidak sabar

ada yang tidak tahu menahu apa-apa..

macam-macam ragam ada

dalam menghampiri tarikh peperiksaan ini kita akan dapat lihat ramai yang mula menukarkan dirinya menjadi "malaikat imtihan". macam tukar jadi ultraman..hehe~

tak salah menjadi baik..dan ia adalah fitrah manusia untuk kembali kepada Allah di dalam kesusahan.
maka..jikalau anda adalah diantara yang termasuk ke dalam barisan "malaikat imtihan" ini, janganlah kecil hati jikalau ada yang memperli perubahan sikap kalian, kerana anda adalah manusia normal yang mengikut fitrah diri

ana menulis post ini bukan nak mengulas fenomena "malaikat imtihan"..tapi ingin mengenengahkan penyakit yang sebahagian rakan-rakan kita (atau mungkin kita sendiri) menghidapinya.

di kala para malaikat imtihan sudah bahagia berada di dalam suasana pembelajaran dan ibadah yang mengasyikkan..telah diizinkan oleh Allah untuk terbuka hati untuk belajar dan dekat kepadanya.
tubuh mereka yang sebelum ini berat untuk beribadah dan belajar menjadi ringan dan senang hati..

tetapi ada segelintir golongan yang tersangkut..tidak mampu merubah diri untuk bertindak menyelamatkan dirinya daripada terus lesu, tidak berdaya menyelak helaian buku pelajaran.

malah ada yang lebih kasihan...sehingga ada yang semakin mendekati tarikh peperiksaan, diri mereka makin jauh dari tuhan. Sudahla belajar tidak berdaya, hubungan dengan tuhan pula semakin tunggang langgang.

"golongan yang tersangkut" inilah yang perlu kita beri perhatian dan bantu mereka.

mereka sedar mereka perlu berubah untuk berjaya..tetapi banyak perkara tiba-tiba muncul dan menyibukkan diri mereka dengan urusan yang tidak berkenaan..

antara mereka ada yang punyai masalah kewangan yang serius
mereka tidak berdaya mencari makanan harian mereka sendiri..apatah lagi tambang untuk ke kelas

antara mereka ada yang punyai lambakan kerja yang masih belum selesai dari dahulu
mereka sedar..tapi tubuh mereka tidak mampu digerakkan pada waktu yang sepatutnya
minda mereka tersekat dan berbelah bahagi antara tuntutan kerja dan belajar

antara mereka ada yang terus bergelumang dengan maksiat
mereka sedar perbuatan itu salah
tetapi diri mereka terus menerus melakukannya seperti sudah menjadi rutin harian
peringatan yang muncul..berlalu begitu sahaja
diri mereka terus lemah dan lemah..

antara mereka ada yang hidup tunggang langgang
jadual tidur dan hidup sudah terbalik
siang disangka malam
malam dirasakan siang

antara mereka ..ada yang tumpas dengan pesona hiburan
video game sana sini
koleksi movie bertambah tanpa diminta
masa mereka dicuri dan terus dicuri
mereka sedar...tapi mereka tidak kuat

kenapa ana tulis mengenai golongan ini?

semuanya tidak lain dan tidak bukan adalah agar kita sedar dan mengambil berat kebajikan rakan-rakan kita.

boleh jadi rakan-rakan kita adalah antara mereka yang tersangkut


mereka sedar dan tahu mereka perlu berubah
tetapi tubuh mereka tidak mahu menurut
seperti sudah liat
kerana setahun suntuk tidak dilentur untuk menjaga disiplin ilmu

tidak manis untuk kita selaku rakan membiarkan mereka sebegitu
mungkin benar mereka pemalas dan tidak ke kelas sebelum ini
tetapi itu bukan alasan untuk kita memilih mad'u

boleh jadi bertitik tolak dari kesedaran yang dicetus dari pertolongan kita itu akan menjadikan mereka seorang individu yang berjaya kelak

Wednesday, April 18, 2012

apabila dia mula mengungkit

apa yang anda akan lakukan apabila mendengar sahabat kita berkata:

"asyik-asyik aku je yang kena masak..haish..."

atau

"penatla..akula yang kena sapu sampah, akula yang kena berucap ...nanti aku juga yang kena susun fail."

atau

"cukup baikla aku tolong dia buat kerja tadi..cuba kalau aku biar je."

pernah berjumpa kawan sebegini atau anda sendiri pernah merungut seperti di atas?
haha..~

selalunya..apa reaksi mereka yang berada di sekeliling perungut ini?

secara kasarnya kita akan lihat ramai yang akan memujuk sekadar untuk menyedapkan hati rakannya..

tetapi, apabila berada di tempat lain, ramai yang suka menjadikan kawanya itu contoh kepada orang ramai bahawa orang sebegini adalah mereka yang tidak ikhlas atau bekerja tanpa kefahaman.

sikap apa ini?

mungkin ada kebenaran mereka mengeluh, mereka merungut, mereka mengadu kerana ada antara mereka yang tidak faham atau tidak ikhlas..tetapi adakah kita boleh pukul rata bahawa semua yang merungut adalah sebegitu?

bukan tugas kita untuk mencari bukti samada dia ikhlas atau tidak.

manusia secara semulajadinya akan merungut atau mengungkit-ungkit apabila dia memerlukan pendengar untuk mendengar luahan hatinya. semua manusia punya masalah..dan tidak semua kuat seperti tokoh-tokoh tertentu.

boleh jadi dia mengungkit-ungkit kerana ada bahagian kerja yang anda tak lakukan..dan dia sudah terlalu lama membantu melakukannya secara senyap-senyap..

boleh jadi dia mengungkit-ungkit kerja dan baktinya hanyalah di hadapan anda seorang..kerana dalam hatinya, hanya anda kawan sejati yang boleh menjadi pendengar isi hatinya

boleh jadi dia mengungkit-ungkit kerana dia mempunyai kesulitan dalam kerja atau urusan hariannya..dan dia perlukan kita untuk membantunya..

setiap tindakan..pasti bersebab


kawan-kawan..
fahamilah apa yang cuba disampaikan oleh mereka yang mula mengungkit-ungkit

mereka perlukan kita untuk membantu
bukan menjatuhkan
^_^

diriku tidak hebat

Insan yang rendah diri ada di mana-mana
toleh kanan..ada
toleh kiri..ada

kenapa perlu memilih untuk rendah diri?

ada yang sering merasakan bahawa drinya tidak layak memimpin

ada yang mempercayainya dirinya tidak sesuai untuk menjadi pemikir

ada juga yang menyakini dirinya tidak akan berjaya dalam semua peperiksaan yang dilaluinya

kawan-kawan,
usahlah terus berfikiran sedemikian.

Ana berpendapat setiap manusia dilahirkan dalam tingkatan keupayaan yang sama, cuma suasana sekeliling yang membentuk acuan pemikiran kita dan menjadikan kita berlainan.

Dari situlah mula muncul perbezaan corak pemikiran dan tindakan.

Individu-individu yang hebat pada masa dewasanya telah melalui suasana kehidupan yang mencorakkan peribadinya yang unggul sewaktu mereka kecil, cuma mngkin bagi mereka yang masih terkapai-kapai mengejar identiti dan pemikirannya yang trsendiri pula telah menjalani suasana kehidupan yang kurang membentuk nilai tambah dalam dirinya.

kesilapan manusia yang terbesar ialah apabila mereka telah berhenti belajar untuk menambah nilai dirinya selepas tamat sekolah menengah. mereka merasakan bahawa keadaan drinya yang kini itulah merupakan dirinya yang sebenar.

Dengan mudah menghadkan dirinya sebagai mereka yang gagap dalam berpidato, mereka yang lembab dalam berfikir dan mereka yang lemah dalam memimpin.

maka...jangan jadikan diri anda terus dalam kerugian. Suasana kehidupan sewaktu kecil berjalan melalui anda secara separa sedar.Anda membentuk diri anda di dalam keadaan diri anda sendiri tidak menyedarinya. Kini..anda sendri sudah matang dalam berfikir, masih punya masa untuk mencorakkan diri anda mengikut acuan hebat yang dikehendaki oleh anda..

ana berpendapat
orang yang hebat bukan dilahirkan secara semulajadi hebat,
tetapi dengan izin Allah mereka menerima pembentukan peribadi yang hebat sewaktu mereka masih kecil

anda mungkin terlewat menerima pembentukan tersebut
tetapi..masih boleh diusahakan
jangan mengalah untuk mnjadi mereka yg hebat untuk ummat
^_^

anda pemikir atau pekerja yang baik?

pekerja yang cekap tidak semestinya pemikir yang baik..
pemikir yang baik pula mestilah daripada pekerja yang cekap

ramai yang seronok meletakkan dirinya di dalam posisi pemikir kerana baginya terdapat kemasyhuran di dalam posisi tersebut, sedangkn secara hakikatnya ramai diantara mereka bukanlah pemikir yang baik

pemikir yg baik perlulah melalui proses sebagai pekerja dahulu. meskipun individu tersebut mempunyai otak yang geliga, tetapi hanya kerana sifar pengalaman bekerja akan menjadikan idea yang terbit dari pemikirannya kebanyakannya tidak sesuai dengan realiti. kerana inilah, ramai yang hnya idealis tetapi tidak realitis...idea cukup mudah untuk dilontar, tetapi diri sendri tidak mampu untuk merealisasiknnya

akan tetapi..

perlu diingatkn kepada semua para pemikir janganlah bongkak dengan kelebihan yang ada. Allah mmpu menarik kembali nikmat yang dimiliki dengan sekelip mata.boleh jadi pada masa akan datang kita masih mampu berpidato, mempromosi idea kita dengan baik..tetapi di kala itu idea tersebut hampas dan hanya membawa kemudaratan yang Allah sembunyikan daripada kita.

^_^

Monday, April 16, 2012

daripada kerangka mana akhlak kita dibentuk?

dalam berurusan dengan manusia..
ramai yg bijak menjaga peribadinya dalam bertutur dan tingkah laku

akan tetapi..
daripada kerangka mana akhlak kita dibentuk?

ramai yg mnjaga tutur katanya
tetapi seberapa ramai yg mnjaga tutur katanya kerana kasih kepada Allah?

atau...

adakah kita hnyalah ingin mngelakkan diri dripada dicop sebagai mereka yang biadap dan merasa bimbang akan dbenci manusia, maka ramai yg cuba bersikap baik?

sikap inilah yg mnyebabkn akan munculnya ramai yg tidak berani menuturkn kata-kata yang benar di hadapan pemimpin yang zalim


sikap inilah juga yang menjadi punca lambakan insan yang tidak berani menegur rakan-rakannya yang melakukan dosa


semuanya berpunca daripada asas pembentukan akhlak yang bukan pada landasan yang benar

hanya kerana ingin menjaga dirinya daripda dilabel si pemberontak oleh pemerintah
maka dia diam...

hanya kerana takut dirinya akan dibenci dan diumpat oleh rakan-rakannya kelak
maka dia hanya mampu tersenyum..tidak berani menegah

peribadinya dicorak
tutur katanya disusun

hanya dengan niat..supaya dirinya dilihat mulia dan dipandang sopan



itulah sebabnya..bila kita ingin melihat akhlak sebenar seseorang itu...lihatlah sewaktu dia disakiti atau dicaci...di kala itu, kita akan mengetahui dari kerangka mana akhlaknya dibentuk

bentuklah dirimu dengan acuan untuk dikasihi Allah...bukan dengan acuan ntuk mncari kasih manusia yg sememangnya sempit dan hodoh

~mngkin akan ada yang brtnya.."tak kan la nak brlaku buruk, tak payah ambil hati dan perasaan orang lain kat dunia ni?"

jawapannya mudah:
adakah mungkin kita akan berlaku zalim kepada manusia sekiranya kita berperilaku mengikut syariat Allah?

atau anda lebih yakin diri kita akan lebih mulia sekiranya menyesesuaikn perilaku kita untuk mendapat kasih manusia walaupun dalam kes yg membelakangi rahmat Allah?

tanyalah diri anda..anda punya jawapannya

ana bukan menulis post ini untuk kita sangka buruk pada kawan-kawan kita..ana harap tak jadi macam tu.
ana tulis post ini ntuk kita nilai balik diri kita sendiri..

kita tak tahu apa yang berada di dalam hati manusia lain..
jangan senang-senang reka andaian terhadap mereka ^_^

hidup di saat ini. bukan sebentar lagi..

kita sekarang ni hidup atau mati?
haha~
insyaAllah hidup..cuma kita amat jarang menghidupkan waktu kita

ramai manusia suka menunggu-nunggu saat yang akan datang sehingga mengabaikan saat yang sedang berada di dalam kerangka waktunya skarang..

gemar membayangkn apa yang boleh dibuat pada masa akan datang tetapi sering mengabaikan apa yang boleh dibuat pada waktu semasa

inilah kesilapan umum manusia.
sentiasa merasakan kemungkinan dia akan bertuah pada masa akan datang,,dan dia akan lakukan sebegitu dan sebegini pada waktu tersebut

"alaa..nanti time aku kerja nanti, aku join la jemaah"

"esok la aku belajar,,hari ni buzyla"

macam-macam alasan kita reka ntuk pujuk diri kita agar tidak bertindak sekarang.

usahlah jadi sebegitu..

jangan tunggu nanti...tapi rangkalah dari sekarang untuk mencapai apa yang terbaik


ciptalah peluang
bukan melangut menunggu peluang



mahasiswa: mansuhkan PTPTN?

ana serba salah nak sentuh pasal isu ni..

tpi ana rasa,,walaupun suara ana mngkin hanya beberapa kerat sahaja yang nak dengar..
ana tetap nekad perlu ceritakn pendirian ana

sebab..
kalau kalian boleh mengatakn kalian ada hak nak bersuara
ana pun ada hak nak bersuara
dan ini medium ana..

ana sedih lihat segelintir mahasiswa sekarang
semua prkara hendak dipukul rata

mansuh itu..mansuh ini

ana seperti kalian juga sebelum ini,
sebelum naik pimpinan (walaupun hanya pimpinan mahasiswa)..
ana selalu akan persoalkan tindakan mana-mana pihak
kenapa pihak kerajaan lakukan begini..kenapa pihak sana buat sebegitu
kenapa  tak begini dan begini
itu salah..yang ini yang betul

tetapi..setelah ditakdirkn untuk berfikir.merancang dan bekerja di dalam pimpinan
ana sedar satu hakikat
semua manusia secara fitrahnya inginkan sesuatu yang lebih baik
maka dari situ timbulnya pelbagai sistem untuk menyelaraskan sesuatu perkara
dan sudah pasti..sebelum dirangka sistem tersebut,,mereka yang bertanggungjawab telah mengambil kira pro n cons..
tetapi kesilapan dalam perangkaan itu timbul apabila definisi "baik" dan taraf kefahaman islam itu berbeza.

akan tetapi..malangnya,,ramai mahasiswa yang merasakan diri mereka sahaja yang berupaya nampak dan mengetahui kekurangan atau penyelesaian sesuatu isu..

mereka berteriak mengatakan "wahai kerajaan..kamu perlu sebegitu dan sebegini"

mereka lupa..panel yang merangka itu juga manusia dan punya otak seperti mereka
sudah pasti mereka juga telah berbincang mengenai apa yang kalian perjuangkn itu..
kerana ia adalah common sense ..semua orang pasti akan trlintas dalam fikiran mengenai hal itu

ana disini bukan nak salahkn niat kalian
ana juga seperti kalian..nak pilihanraya yg bersih..nak kos pendidikan yg tidak membebankn

dlm kes PTPTN..ana tak rasa perlunya dimansuhkan
sebab bukan konsep PTPTN itu yang salah
tapi jadi silap besar bila pelajar perlu mmbayar lebih daripada yang mereka sepatutnya bayar

dan isu ini akan lebih terkawal dan lebih bercorak "kemahasiswaan" jikalau kita menyenaraikan tindakan yang boleh diambil oleh kerajaan untuk membantu meringankan beban hutang pelajar atau sistem baru yang lebih membantu..

tetapi kita suka mngambil jalan yang sebaliknya..lebih ramai dalam kalangan kita gemar untuk mencari isu lain untuk diperbandingkan..seperti kes ahli politik yang berhutang lagi banyak, tetapi terlepas daripada tindakan..seperti kes maklumat yang disebutkan oleh kerajaan berbeza dengan yang diperolehi daripada PTPTN...
perkara ini tidak akan selesai sekiranya kalian terus-menerus mengapi-apikan isu..
terlalu galak nak tunjuk, kita betul,,dia salah

ana lihat..kerajaan sudah melaksanakan apa yang mereka rasa patut untuk adil kepada peminjam,
antaranya seperti mengecualikan pembayaran balik kepada peminjam yang mndapat ijazah kelas pertama..

di sini..ana nak nyatakan jumlah yang brjaya mendapat kelas pertama dan pengecualian tersebut supaya kita buka mata sikit:

11,764 pelajar telah dikecualikan

Daripada jumlah itu, 8,818 orang ialah pelajar keturunan Cina, 2,347 orang keturunan Melayu, 456 orang keturunan India manakala 50 bumiputera Sabah, 34 bumiputera Sarawak dan 59 lain-lain keturunan.


PTPTN adalah pinjaman..dan adalah satu rahmat apabila diberikn kelonggaran untuk tidak perlu membayar kembali pinjaman oleh peminjam.
dan ini adalah alternatif kita untuk tidak berhutang..buktikan kita layak untuk untuk ditaja

tetapi malangnya...kaum melayu sangat sedikit yang cerah mata untuk melihat alternatif ini..sudah pasti pihak PTPTN merangka dasar sebegini untuk menggalakkan persaingan yang positif..tetapi ramai daripada kita memandang dari sudut yang sebaliknya..kita mengatakan hak rakyat tidak diberikn..

apa akn jadi seterusnya? seolah-olah mereka yang mndapat ijazah kelas pertama ni tiada nilai..kerana mereka yg belajar tunggang-langgang pun dapat free..akhirnya kerajaan akan menanggung liabiliti yg cukup besar

eloklah kiranya jiklau kita mengumpulkn 300 orang yang berdemo tu untuk mengadakan suatu perbincangan berkonsepkan konvensyen yang mmbincangkan solusi isu ini daripada berarak untuk menyuluh perkara yang telah cerah..berbincanglah dengan berhemah di dalam perkumpulan tersebut,,dan wujudknlah resolusi untuk diserahkan kepada pihak PTPTN.

(ana lebih optimis konvensyen tersebut dihadiri oleh wakil MPP IPTA dan IPTS dan wakil NGO yang berkenaan..ia lebih mewakili suara mahasiswa.)
jangan bagi alasan leceh atau tiada duit nak anjur

selepas itu adakanlah dialog antara wakil mahasiswa yang dilantik, wakil kerajaan dan PTPTN ntuk membincangkan pro n cons cadangn yg telah disepakati

daripada situ rakyat akan melihat dan menilai sejauh mana peranan mahasiswa di dalam menegakkan kebenaran. InsyaAllah, ana percaya resolusi yang dibentuk akan membawa kesan yang lebih positif di dalam isu ini.
mngkin kalian akan kata ana tidak realitis..tetapi kalau kalian boleh melakukan perkara-perkara yang di luar jangkaan dalam tempoh waktu sebelum ini..
mengapa tidak boleh lakukan seperti mana yang ana cadangkan?

ana prcaya..kalau kalian ambil serius hal ini..dan semua yang berkumpul berdemo trsebut berbincang dalam suasana trkawal untuk mencari solusi,,ana pasti kalian akan sedar kenapa tidak semua pndapat kita adalah realitis dan kenapa mereka/ptptn/kerajaan berbuat begini dan begitu

"berfikir mencari solusi yang realitis lebih sukar dari berkata sesuatu yg common sense tetapi kosong cadangan"

pandangan ana terhadap isu ini:
-isu ini muncul berikutan interest yang dikenakan sangat tinggi, sedangkan suasana alam pekerjaan semasa adalah tidak berapa menjamin peminjam mendapat pekerjaan selepas tamat belajar.

-isu bertambah hangat apabila pelbagai kisah korupsi pegawai tinggi kerajaan diketahui umum. Hal ini menyebabkan rakyat merasakan adalah amat tidak adil mereka bersusah payah mengeluarkan duit sana sini, tetapi mereka yang di "atas" mudah-mudah menggunakan duit mereka.

-idea pemansuhan PTPTN adalah idea daripada pihak PKR dan adalah salah satu tindakan yang dicadangkan untuk merealisasikan konsep pendidikan percuma. Untuk mencapai apa yang dicadangkan oleh PKR tersebut bukanlah mudah-mudah dapat dijayakan dengan hanya memansuhkan PTPTN, tetapi pengurusan kewangan negara perlu diubah secara dalam pelbagai segi.

rumusan daripada ana yang hina:
-Idea PKR ada asasnya. kerajaan tidak sepatutnya menolak bulat-bulat dan sibuk membuktikan kalian benar melalui suara media. Adakan dialog dan cari kebenaran idea yang dibawa.

-PTPTN tidak perlu dimansuhkan. hanya mansuhkan interest 1 peratus yang dikenakan oleh PTPTN itu sendiri.

-Kerajaan perlu cari sumber kewangan alternatif bagi PTPTN untuk mengelakkan perlunya diletakkan interest dalam pinjaman.

-Kadar pembayaran mengikut gred pencapaian akademik peminjam.


*ana bukan hebat. idea ana hanya secebis ilmu kalian..ana cuba nyatakan pendapat. terima kasih membaca..mohon maaf salah silap ^_^